suria

Han Byul nak tukar lagu Haqiem Rusli jadi versi Korea

JUARA program Big Stage musim kedua Han Byul berkata lagu terbaharunya Luka Dan Bahagia ciptaan Haqiem Rusli sesuai dialihbahasakan kepada bahasa Korea.

Bagaimanapun Penyanyi berusia 29 tahun ini berkata, dia akan berbincang dengan Haqiem terlebih dahalu sebelum sesuatu keputusan mengenainya dibuat.

“Melodi dan susunan muzik lagu ini sangat sesuai untuk dinyanyikan dalam bahasa Korea.

“Saya fikir ia akan menjadi lagu yang baik untuk versi Korea, saya perlu cuba menukar lirik terlebih dahalu dan bertanyakan kepada Haqiem,” katanya kepada mStar.

Selain itu mengulas mengenai kariernya selepas ini, Han Byul berkata dia menaruh harapan untuk berkolaborasi dengan artis Malaysia terutamanya Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Selepas ini saya berminat untuk berkolaborasi dengan artis Malaysia, dan berharap ianya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya teringin menyanyi satu lagu bersama Siti, ia adalah impian saya seterusnya,” ujarnya.

Pada malam final yang berlangsung pada Ahad, Han Byul membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi dan sebuah kereta Perodua Axia.

Han Byul


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi