suria

Wany Hasrita tak ‘control’ kelab peminat - “Undi lah, terima kasih banyak-banyak”

PENYANYI Wany Hasrita memberitahu dia tidak pernah menghalang para penyokong untuk mengundinya dalam pertandingan yang melibatkan undian peminat.

Wany atau nama sebenar Nursyazwany Hasrita Hasbullah, 27, berkata dia sebenarnya kagum dengan usaha peminat yang banyak mengundinya selama ini.

“Kasihan juga kepada mereka yang menghabiskan waktu untuk mengundi saya tapi tidak menang.

“Adat bertanding, ada masa kita menang dan ada masa kita kalah... mana tahu tahun depan saya menang lagi,” katanya kepada mStar.

Menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-32 baru-baru ini, Wany gagal mengekalkan gelaran Bintang Paling Popular yang dimenanginya pada 2018 selain pulang dengan tangan kosong walaupun dicalonkan bagi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Wany Hasrita


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi