suria

Sibuk bekerja, Hafreez belum merasai jadi tunangan orang - “Sejak bertunang hanya jumpa Zara dua kali”

PELAKON Hafreez Adam memberitahu kesibukan kerja membuatkan tidak belum merasai fasa menjadi tunangan orang.

Menurut Hafreez, 29, kekangan kerja membuatkan dia baru berpeluang bertemu aktres hanya dua kali sahaja.

“Jujur saya cakap tiada apa yang berbeza sebelum dan sudah bertunang kerana kami memang jarang berjumpa. Sejak bertunang dua kali sahaja jumpa.

“Kami faham tentang jadual kerja masing-masing dan segala yang dilakukan sekarang adalah untuk masa depan bila sudah berkahwin nanti,”ujarnya kepada mStar.

Hafreez ditemui di set penggambaran telemovie Izrail Memanggil terbitan Minds Eyes Production.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu di sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh.

Hafreez Adam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi