ISU bayaran rendah dan nama digugurkan untuk membintangi drama atau filem pada saat-saat akhir kian menjadi rungutan golongan selebriti.
Ia bermula dengan luahan pelakon Didie Alias di Instagram yang berang apabila sebuah produksi membatalkan job yang sudah diterimanya pada saat-saat akhir.
Pihak produksi yang membuat tawaran itu juga memberikan alasan bajet terhad dan meletakkan kesalahan terhadap stesen televisyen.
Selain Didie, pelakon Fezrul Khan pula meluahkan rasa marah dengan sikap seorang pengurus produksi atau production manager (PM) yang mengubah perjanjian awal melibatkan bayarannya pada saat-saat akhir.