suria

Perangai macam budak-budak! Shiha Zikir ‘fed up’ nama arwah bapa jadi bahan gurauan - “Sampai sekarang saya tak puas hati”

PENYANYI Shiha Zikir kecewa apabila nama arwah bapanya iaitu Mohd Zikir terus menjadi bahan sindiran netizen.

Lebih pedih apabila rakan selebriti juga tidak terlepas menjadikan nama 'Zikir' sebagai bahan ketawa.

Enggan terus dihantui perasaan tidak senang dengan situasi itu, Shiha, 33, berkata dia kini menganggap mereka yang berbuat demikian sebagai tidak bijak.

“Bukan sahaja daripada kalangan netizen malah ada juga rakan artis yang turut serta mempersendakan nama arwah bapa saya.

“Pada awalnya memang saya kecewa dan marah, namun lama-lama saya fikir kenapa saya perlu malu? Ia nama bapa kandung saya, takkan nak guna nama ayah dia?,” kata Shiha kepada mStar.

shiha zikir, dansa dan sing


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi