ANUGERAH Juara Lagu 34 akhirnya menutup tirai dengan mengangkat Lagu Sumpah hasil ciptaan Naim Daniel dan gubahan Omar K sebagai Juara Lagu 34.
Namun disebalik pelbagai kontroversi dan kejutan yang terjadi, acara karpet merah turut tidak terlepas sebagai 'medan' selebriti memperagakan citarasa fesyen masing-masing.
Mengangkat colour blocking sebgai tema, penyanyi rap Bunga dan pasangan selebriti terkenal Eira Syazira & Azad Jazmin menjadi antara yang berjaya mencuri tumpuan dengan gaya mereka.
Siapa selebriti pilihan anda?