PENAMPILAN usahawan kosmetik, Nur Sajat mengenakan telekung ketika menunaikan ibadah umrah, baru-baru ini menerima kecaman hebat masyarakat.
Isu ini menjadi tular dan menarik perhatian ramai pihak termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang kesal dengan tindakan Sajat itu.
Terdahulu, Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkongsi foto dan video ketika dia berada di Tanah Suci Makkah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ia cukup aib! Maruah dan aurat wanita di Makkah boleh tercemar” - PU Amin bimbang Sajat tunai umrah berpakaian wanita
ARTIKEL BERKAITAN: Sajat beri penjelasan tentang pemakaiannya, sudah jangka dikecam! - “Itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu”
Perkongsiannya itu mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen dan ada yang menyifatkan ia sebagai satu penghinaan terhadap Islam.
Sehingga kini, Sajat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu tersebut.