suria

Khai Bahar tak kisah dituduh tiru idea - “Tak perlu bandingkan dengan kolaborasi Alif Satar & Raihan”

PENYANYI Khai Bahar berkata kolaborasinya bersama kumpulan nasyid In Team tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia dibuat semata-mata untuk memberi kelainan kepada pendengar.

Ujar Khai, 26, mereka tiada niat untuk meniru kejayaan duet antara penyanyi Alif Satar dan Raihan pada tahun lalu.

“Sebenarnya tak perlulah nak membandingkan apa sahaja lagu yang penyanyi keluarkan, mungkin konsep itu ada persamaan namun matlamat asal ialah untuk menghadiahkan sesuatu kepada pendengar.

“Bukannya kita nak copy sebiji apa yang yang telah artis lain lakukan, semuanya ikhlas dihasilkan untuk peminat. Alhamdulillah setakat ini tidak kedengaran komen negatif membandingkan kolaborasi saya bersama In Team, ” ujar Khai kepada mStar.

menjelaskan tidak perlu timbul isu perbandingan lagu Setanggi Syurga nyanyian semula dia bersama kumpulan nasyid In Team dengan kolaborasi antara Alif Satar bersama Raihan yang menjadi bualan hangat tahun lalu.

Khai Bahar, In Team


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi