suria

Qody sanggup bayar ‘hacker’ tebus akaun Instagram - “Dia minta 200 Dolar, bagi alasan kena buang kerja sebab Covid-19”

PENYANYI Qody Rany berkata dia terpaksa akur dengan permintaan penggodam untuk memberikan sejumlah wang bagi mengembalikan akaun Instagram miliknya.

Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani berkata semuanya bermula apabila dia menerima mesej kononnya daripada pengendali Instagram dengan mendakwa dia melanggar peraturan hak cipta platform itu.

“Saya baru bangun tidur ketika membaca mesej itu, jadi tanpa berfikir panjang saya terus tekan link yang diberikan. Dengan sekelip mata akaun Instagram saya tidak dapat di akses.

“Penggodam tersebut menggunakan alasan terkesan dengan keadaan ekonomi semasa di Turki untuk berbuat demikian, namun tak sangka pula dapat semula Instagram tersebut selepas memindahkan 100 Dolar kepadanya, ” kata Qody kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Qody Rany, Instagram,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi