suria

“Masa video call tu dia tak pakai baju!” - Fieya Julia rimas diganggu peminat psycho, diperlakukan seperti ‘girlfriend online’

PENYANYI Fieya Julia berkongsi kisah apabila dia diganggu seorang peminat lelaki yang menganggap dia sebagai kekasih hati.

Fieya atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, 21, mengakui tidak selesa dengan situasi tersebut kerana lelaki berkenaan kerap mengganggunya menerusi platform media sosial.

“Ada seorang lelaki yang selalu chat dengan saya dan buat saya macam girlfriend online.

“Satu hari tu saya ada buat live dengan peminat, sebab saya nak dia puas hati... saya layan dia juga. Tapi apabila kami live bersama, dia jadi creepy lah, ” ujarnya kepada mStar.

Menurut Fieya, akaun Instagram lelaki tersebut sudah disekat hampir sepuluh kali namun dia tampil dengan akaun baharu.

“Saya sudah block dia banyak kali sebab rasa terganggu dan cara dia memang buat saya tidak selesa, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fieya Julia,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi