BARU saja ditayangkan bermula 3 Ogos lalu, drama Jalan Sesat Ke Syurga sudahpun menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Ia kerana drama arahan Shuhaimi Zulkefli ini memaparkan kisah pengamal ajaran sesat dilakonkan oleh Datuk Aaron Aziz, Siti Elizad, Datuk Jalaludin Hassan dan Aleza Shadan.
Menurut pengarah, dia terpaksa menghadkan kreativiti dalam pengarahan kerana bimbang dituduh cuba mempromosikan ajaran sesat yang bertentangan dengan akidah.
“Saya takut ada penonton yang akan menggunakan cebisan dialog untuk memperjuangkan ajaran-ajaran tertentu.
“Bagi saya, pihak Astro sangat berani untuk menerbitkan drama ini bagi membawa perubahan dalam drama Melayu, ” ujarnya kepada mStar.
Drama Jalan Sesat Ke Syurga ditayangkan di slot Tiara Astro Prima dan Astro Prima HD setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.
Tajuk Drama: Jalan Sesat Ke Syurga
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Tarikh tayangan: 3 Ogos 2020
Waktu siaran: Isnin – Jumaat, 6 petang, Astro Prima dan Astro Prima HD
Idea asal: Siti Jasmina
Penulis skrip: Siti Jasmina dan Nazam Manaz
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli dan Osman Ali
Pelakon: Datuk Aaron Aziz, Siti Elizad, Datuk Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Zalfa Zain, Mzul Helmy, Nelissa Nizam dan Syrul Ezwan.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!