PELAKON Ashraf Muslim terkilan dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menjual filem lakonannya berjudul Ada Apa Dengan Dosa di laman e-dagang.
Menurut Ashraf, tindakan mereka menjual filem itu dengan harga RM1 seolah-olah menidakkan hak mereka sebagai anak seni dan boleh memberi kesan kepada industri hiburan negara.
“Saya terkilan, tindakan itu tidak betul... mereka mengaut keuntungan untuk kepentingan masing-masing. Apa yang Datuk Ayu Puteh (penerbit) buat itu betul supaya sedarkan pihak-pihak tertentu.
ARTIKEL BERKAITAN: Filem Ada Apa Dengan Dosa dijual dengan harga serendah RM1, penerbit nak saman laman e-dagang
“Sejujurnya saya lebih suka zaman dahulu tiada media sosial... kali ini filem dijual RM1, macam maruah kita rendah sangatkan? Berapa pula nilai kita jika filem itu hanya berharga RM1, ” katanya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!