suria

“Saya tak ‘hot’ mana pun!” - Gambar Rashidi Ishak bersukan bikin peminat ‘cair’, ramai minta tip larian jarak jauh

PELAKON Rashidi Ishak memberitahu dia amat meminati sukan larian jarak jauh berbanding sukan berbasikal.

Rashidi, 47, berkata dia begitu obses dengan aktiviti berkenaan dan menganggap hidupnya tidak lengkap tanpa bersukan.

“Saya jatuh cinta dengan sukan ini dan obses, kalau sehari tak berlari rasa macam tak lengkap hidup saya.

“Sebenarnya saya pernah sertai sukan basikal tiga tahun lepas tapi ia tak bertahan dengan diri saya, ” katanya kepada mStar.

Tambah Rashidi, minatnya terhadap sukan larian membuatkan dia sering memuat naik gambar aktivitinya di Instagram.

“Saya suka berkongsi pengalaman apabila sertai acara larian dan ramai mula DM saya bertanya tentang sukan ini, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi