suria

Usop umpama tikus makmal, berani sahut cabaran menari - “Mungkin sebab mak ayah datang sokong dari jauh”

PESERTA Big Stage 2020, Usop tidak menyangka dia mampu menari dengan baik semasa membuat persembahan lagu Hati di konsert minggu kedua yang berlangsung pada malam Ahad.

Usop meluahkan rasa syukur apabila menerima pujian penonton dan juri selepas hampir seminggu mempelajari teknik tarian lagu berkenaan.

“Sebenarnya saya pun tak sangka boleh menari, itu pun hanya step (langkah) mudah sahaja, abang Hael yang ajar sebab pinggang saya ni pun kayu... Alhamdulillah syukur semuanya dipermudahkan, mungkin sebab emak dan ayah saya datang dari jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan budak kampung biasa-biasa!” - Usop cuba nasib dalam Big Stage pula!

“Susah sebenarnya menari sambil menyanyi ni... stamina kena kuat! Memang pecah kepala fikir fasal tarian ini, nak tidur pun teringat lagu ini. Dalam bilik air pun saya cuba.

“Saya anggap sepanjang berada di Big Stage ini saya adalah tikus makmal dan akan cuba apa sahaja orang suruh. Niat saya masuk sini nak senangkan keluarga dan orang tersayang, jadi saya kena teruskan sebaiknya, ” katanya.

Pada konsert minggu kedua Big Stage 2020, Usop menyampaikan lagu Hati nyanyian asal Hael Husaini.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Usop, Big Stage 2020


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi