SERING menjadi mangsa kontroversi, penyanyi Ara Johari tampil menafikan dia mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan baru-baru ini.
Kata Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari, tindakkan dia menarik diri pada saat akhir disebabkan oleh faktor kesihatan.
“Saya berani bersumpah... saya tidak pernah sentuh benda-benda tu (minuman keras).
“Saya memang semput (masalah pernafasan) dan sehari sebelum acara itu ia semakin menjadi-jadi. Saya tak boleh bernafas dan terpaksa dibawa ke hospital, ” ujarnya kepada mStar.
Tambahnya, sepanjang tempoh pandemik Covid-19, dia banyak menghabiskan masa di rumah dan tidak berani untuk keluar ke tempat tumpuan ramai.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!