WALAUPUN berjaya melangkah ke pentas akhir Big Stage 2020, penyanyi Dinie Rashid akui sedikit risau dengan kelemahan diri yang mempunyai masalah penglihatan.
Ujar Dinie, 28, masalah penglihatan yang dihadapinya sedikit sebanyak membuatkan dia tidak yakin untuk bersaing dengan peserta lain.
“Saya sedar dengan kekurangan ini, saya takut... kadang-kadang kita nak pergi jauh tapi ia buat saya banyak fikir.
“Apabila kita tengok orang lain normal dan semua ada kelebihan masing-masing, ia buat saya tidak percaya dengan pencapaian sekarang, ” ujarnya kepada mStar.
Dinie bersama Usop, Qody Rany, Fahd Majid dan Azzam Sham akan beraksi di pentas akhir Big Stage 2020 pada 4 Oktober ini.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!