suria

Nabila Razali abaikan manusia toksik, fokus semi final Muzik Muzik - “Cukuplah jika saya dapat buat persembahan yang baik”

PENYANYI Nabila Razali akui dia sedang menjalani pemulihan daripada sakit tekak yang berkemungkinan boleh menyebabkan dia tidak dibenarkan menyanyi oleh doktor.

Walaupun begitu Nabila berkata dia cuba melakukan persediaan yang rapi menjelang semi final Muzik Muzik ke-35 menerusi lagu Peluang Kedua yang akan berlangsung pada 21 November ini.

“Buat masa ini saya jauhkan sekejap negativiti serta toksik dan fokus kepada persediaan dalaman, minda termasuk aspek teknikal. Saya betul-betul komited untuk persediaan ke semi final.

“Saya harapkan perjalanan saya ke semi final Muzik Muzik ni dipermudahkan, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi