suria

“Sayang... ada gari tu, very sexy!” - Shaheizy Sam nasihat pasangan suami isteri cuba benda baharu dalam hubungan intim

PELAKON Shaheizy Sam memberitahu pasangan suami isteri harus pandai mencetus keterujaan ketika bersama bagi mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Ujar Sam, meneroka perkara baharu ketika melakukan hubungan intim sangat penting bagi mengelak pasangan menjadi bosan.

“Apabila kita dah bersama dalam tempoh yang lama, kena fikir cara nak cetuskan rasa teruja antara pasangan... salah satunya ada hubungan intim, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahiezy Sam cerita sikap buruk diri sendiri sebelum kahwini Syatilla Melvin - “Walaupun perangai saya tak berapa elok, dia tetap ada”

Bagi Syatilla pula, walaupun usia perkahwinan mencecah lima tahun, namun dia masih mempunyai perasaan seperti baru berkahwin.

“Kalau kita tak rasa hubungan intim itu adalah penting, maknanya dah tak ada spark macam mula-mula berkahwin.

“Walaupun kami dah lima tahun bersama, tapi saya rasa masih lagi macam tahun pertama perkahwinan kami, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi