DRAMA Tak Sempurna Mencintaimu mula menjadi perhatian warga Twitter walaupun baru mula bersiaran pada 29 Mac 2021.
Rata-rata penonton mula menunjukkan minat dengan drama adaptasi daripada novel nukilan Rehan Makhtar ini.
Menurut pengarahnya, Emi Suffian, 90 peratus penggambaran drama ini dilakukan di Perlis kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik di sana.
“Cerita ini sebenarnya tidaklah 100 peratus kampung atau kawasan pinggir bandar tapi Alhamdulillah Perlis banyak tempat yang menarik.
“Kalau di Kuala Lumpur memang kita dapat view urban dan moden, tapi ikut permintaan skrip itu ia lebih di kampung, ” katanya kepada mStar.
Sementara itu bagi pelakon utama Redza Rosli, dia tiada masalah bekerjasama dengan pelakon Intan Najuwa dan menyifatkan aktres berkenaan mudah untuk didekati.
“Dia seorang yang senang berbincang, masing-masing bertanya antara satu sama lain apa yang terbaik untuk dibuat dalam setiap babak... memang senang, ” katanya.
Drama Tak Sempurna Mencintaimu ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.
Tajuk Drama: Tak Sempurna Mencintaimu
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Tarikh tayangan: 29 Mac 2021
Waktu siaran: Isnin - Jumaat, 7 malam, Slot Akasia
Penulis Novel: Rehan Makhtar
Penulis skrip: Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin, Mfid Suhaimi
Pengarah: Emi Suffian
Pelakon: Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Fendy Bakry, Dato Tamimi Siregar, Lydiawati, Azzarima, Mak ah, Fendi Seman, Nafiez Zaidi, Ali Redza, Shah Khan, Asha Merican, Naim Shamshol
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!