suria

Masih ingat gelaran ‘Raja SMS’? Mawi sebenarnya pernah alami tekanan... terpaksa hidup pura-pura!

PENYANYI dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani akui dia sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku ketika zamannya disanjung selepas menyertai Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Mawi mendedahkan dan mempersoalkan hidupnya mengapa begitu kerana penerimaan daripada peminat yang menyanjungnya sangat luar biasa.

“Saya pun tahu apa yang terjadi semasa Akademi Fantasia (AF3) dulu sampai orang boleh sanjung saya macam tu.

“Sampai orang datang rumah ramai-ramai, diorang ambil dan angkut semua barang kat rumah saya.

“Adakah ini dugaan untuk saya daripada sebelum tiada apa-apa, sampai jadi macam ni.

“Saya pernah terfikir dan berdoa nak jadi seperti sebelum ni, nak hidup normal, ” ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi