suria

Lakonan Uchee Fukada lagi ‘power’ berbanding watak utama? - “Tak baik kata saya nak tenggelamkan orang lain!”

PELAKON Uchee Fukada memberitahu dia tidak berniat mencuri perhatian penonton terhadap watak utama bagi setiap drama lakonannya.

Menurut Uchee, dia hanya ingin mencipta kelainan dalam watak yang diberikan dan menjalankan tugas sebagai pelakon.

“Saya tiada niat nak tenggelamkan watak utama, mungkin watak itu orang suka sebab saya selalu dapat watak yang fun-fun.

“Saya bawa watak sampingan yang orang nak tengok, kiranya macam penghibur dalam satu-satu cerita, ” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Uchee Fukada tiada niat ‘body shaming’ orang gigi jongang - “Kalau tak suka bye bye je la, saya tak kisah!”

Sementara itu, Uchee bersyukur kerana berjaya mengejar cita-citanya bagi bergelar seorang pengarah drama.

“Memang passion saya sebelum ini di belakang tabir dan sasaran saya untuk menjadi seorang pengarah.

“Bila cakap fasal mengarah ni, ia adalah peluang... peluang ni dah lama dan sebelum jadi pelakon saya memang ada mengarah.

“Tiada istilah saya popular dulu lepas tu jadi pengarah, memang sebelum ini kalau orang kenal saya belakang tabir memang saya ada mengarah beberapa drama, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi