suria

Hentikanlah! Ejai Azzara Band ‘warning’ kaki hasut - “Jangan tutup periuk nasi orang, kami tidak berpecah”

TIMBUL isu dan tanggapan negatif terhadap vokalis Azarra Band yang dikatakan mahu meninggalkan kumpulan tersebut.

Ia susulan Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 34, tampil dengan single baharu duet bersama penyanyi Ai Wahida menerusi lagu Mama Mama.

“Apabila ada orang luar cuba untuk porak-peranda band kami.

“Dia cakap benda yang tak baik fasal saya, cakap saya nak keluar band la, ” katanya kepada mStar.

Menjelaskan lanjut, Ejai berkata dia hanya mengikut kehendak pihak pengurusan yang meminta dia untuk berduet bersama dengan artis lain tanpa ahli kumpulan.

“Saya terima tawaran menyanyi dengan artis lain dan pihak pengurusan meminta untuk saya seorang sahaja yang nyanyi.

“Band ni kitorang dah tubuhkan sejak 2010, tak mungkin saya nak keluar macam tu je, saya masih tetap dengan Azarra Band, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ejai aziz, azarra band, mama mama


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi