suria

“Bukan sombong tapi hati-hati” - Ada sebab sorok anak, Awie harap kawan-kawan faham

PENYANYI Datuk Awie mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membawa bayi lelakinya keluar kerana risau dengan wabak Covid-19.

Ujar Awie, dia turut meletakkan anaknya yang berusia tiga bulan di dalam bilik jika ada tetamu datang di rumahnya.

“Jika ada orang datang kat rumah, saya letakkan di dalam bilik sebab kita tak tahu kan, jangan nanti menyalahkan orang lain.

“Bukan kita sombong tetapi berhati-hati, dalam keadaan sekarang ini saya harap kawan-kawan saya semua faham, ” katanya kepada mStar.

18 Januari lalu, isteri Awie iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, selamat melahirkan cahaya mata lelaki di pusat perubatan swasta KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi