suria

Enam tahun ‘struggle’ jadi pelawak, hati Danial Zaini kini terubat

PELAWAK dan penyampai radio Era FM Danial Zaini akui pernah tawar hati dalam dunia lawak komedi.

Danial, 28, berkata, dia melalui detik yang sukar sejak tahun 2016 apabila bakatnya tidak mendapat perhatian masyarakat.

Malah, ada individu yang meminta dia melawak seperti pelawak-pelawak lain.

“Dari tahun 2016 saya struggle sebagai seorang komedi, lawak impersonate yang saya bawa masih belum dapat diterima ramai. Ada juga yang suruh saya melawak macam pelawak-pelawak seperti Jep Sepahtu dan lain-lain.

“Saya tak boleh buat lawak macam mereka, saya ada cara saya sendiri, mereka ada cara mereka sendiri. Kalau tak dapat terima cara saya tak apa saya faham, ” ujarnya.

Danial bersama kumpulan Heart bersama Azmi Saad dan Ezad Lazim diumum juara Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada malam Ahad lalu.

Penyanyi lagu Ku Tak Rela ini memberitahu kemenangan itu telah mengubat hatinya untuk kembali ke dunia komedi.

“Kemenangan malam saya nak buktikan pada diri saya sendiri, keluarga dan orang di luar sana.

“Saya merasa keberadaan saya dalam dunia industri sudah diterima balik” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi