suria

“Rasa macam mati hidup semula!” - Mak Jah seronok dapat kembali berlakon, kuat semangat lawan kanser

PELAKON veteran Mak Jah bersyukur kesihatannya bertambah baik dan penyakit kanser rahim yang ditanggung sejak lima tahun lalu beransur pulih.

Ujar Mak Jah atau nama sebenar, Maimunah Ahmad, 73, dia perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat atas nasihat doktor.

"Alhamdulillah syukur pada Allah... penyakit hampir pulih, doktor masih bagi ubat supaya kanser tak aktif.

"Mak Jah bertenaga je, tapi kena berpantang sikit la bab makan.

"Alhamdulillah juga saya masih berpeluang untuk berlakon semula selepas empat tahun berehat," ujarnya kepada mStar.

Sementara itu Mak Jah berkata dia juga gembira kerana berpeluang menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dengan anak-anak serta cucu cicitnya.

"Persediaan raya tahun ni macam biasa la, sederhana je.

"Anak-anak akan datang ke rumah saya, mereka nak lontong dan rendang air tangan saya... yang lain mereka sediakan, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi