suria

“Cabaran nak bagi Lara Alana biasakan diri dengan adik dia” - Awal & Scha Alyahya

PELAKON Scha Alyahya mengakui anak sulungnya Lara Alana masih belum menerima sepenuhnya kehadiran diri adiknya Lyla Amina yang kini berusia tiga bulan.

Menurut Scha, Lara yang baharu berusia enam tahun itu memerlukan perhatian lebih memandangkan sudah biasa hidup sebagai anak tunggal.

“Sebenarnya sekarang ni yang nak kena jaga lebih teruk adalah Lara, sebab dia mengada-ngada, nak attention lebih.

“Sekarang ni cabaran untuk bagi Lara biasa dengan adik dia, sebab dah lama hidup sebagai seorang anak tunggal.

“Bila ada ahli baru ni dia macam belum boleh terima lagi.

“Alhamdulillah Lyla I would say senang, lagipun kita selalu ada assistant yang tolong, team yang bagus, ” ujarnya kepada mStar.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi