suria

Mak Wan Latah tak boleh dengar lagu raya, derita sakit seorang diri - “Beritahu anak pun mereka tak boleh balik”

PELAKON veteran Mak Wan Latah sayu mengenang nasib menyambut bulan Syawal tanpa kehadiran anak-anak yang tinggal berjauhan dengannya.

Kata Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, seperti tahun lalu dia tidak membuat sebarang persediaan kerana hanya meraikan Aidilfitri seorang diri.

“Persiapan raya tak ada, Mak Wan sakit pun anak-anak tak boleh balik... inikan pula nak menyambut raya, ” katanya kepada mStar.

Cerita Mak Wan lagi dia bagaimanapun bersyukur apabila kesihatannya bertambah baik untuk dia terus bekerja.

“Alhamdulillah sekarang ni Mak Wan masih boleh kerja, produksi pun faham dengan keadaan Mak Wan, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi