suria

“Tolongkan la kasihan kami yang patuh SOP ni!” - Amir Hasan bengang ramai selebriti langgar undang-undang

TATKALA perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, penyanyi Amir Hasan terpaksa akur dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan aktiviti rentas negeri mahupun daerah.

Bagaimanapun menurut Amir, 25, yang merupakan anak tunggal, dia sedih kerana terpaksa membiarkan ibunya beraya seorang diri di kampung selepas bapanya meninggal dunia pada tahun lalu.

“Tahun ni raya kat sini, kitakan dalam PKP dan tidak dibenarkan untuk balik ke kampung.

“Memanglah rasa sedih, tahun ni merupakan tahun kedua beraya tanpa ayah, dan saya pula anak tunggal.

“Mak beraya kat kampung sesorang diri je, nasib baik ada juga makcik dan makcik di sana, ” ujarnya kepada mStar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi