suria

Ayu Damit tak duduk diam sepanjang PKP... belajar dari YouTube meniaga kek pisang pula! - “Punca suami teringin”

TIDAK duduk diam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Ayu Damit mencuba perniagaan baharu iaitu kek pisang.

Ayu, 32, berkata idea perniagaan itu tercetus selepas suaminya iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin memberitahu teringin menikmati kek pisang berkenaan.

Menurut Ayu, dia mempelajari cara pembuatan kek tersebut menerusi internet dan jualan pertamanya menerima sambutan hebat pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha penyanyi ini harus dijadikan contoh, siapa sangka Ayu Damit kini saudagar cili

“Sebelum ni pun saya sentiasa mencari ruang dan peluang meniaga... musim PKP ni saya mencuba pelbagai bidang perniagaan. Tercetusnya kek pisang ni selepas suami kata dia teringin nak makan kek pisang!

“Sehari dalam 10 hingga 20 biji kek sehari... semua saya buat sendiri termasuklah penghantaran kepada pelanggan, seawal jam 6 pagi saya dah mula bekerja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Ini kiranya pendapatan harian saya sebab kita pun tak tahu PKP ni sampai bila... hal ladang suami uruskan dan saya hanya bantu apabila diperlukan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi