suria

“Saya tak sempat pun hari tua dengan dia” - Kata-kata Shuib undang sebak, lagu duet ‘Hingga Hari Tua’ hanya dalam kenangan

PEMERGIAN penyanyi Siti Sarah Raisuddin sememangnya meninggalkan kesan cukup mendalam buat peminat.

Bagi mengubat kerinduan, mereka mendengar semula lagu duet pertama dan terakhir Siti Sarah bersama Shuib berjudul Semakin Benci Semakin Cinta yang dimuat naik di YouTube sejak Jun lalu.

Ada juga peminat menulis komen kononnya penggunaan foto dan video hitam putih dalam lirik video sebagai tanda perpisahan antara dua pasangan pasangan selebriti ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tengah sakit tetap fikir nak menderma, Siti Sarah rajin bersedekah semasa hidup - “Sebelum naik ambulans dia sempat transfer duit”

Menurut pihak pengurusan Indigital Music iaitu Nana dan Wati, pemilihan foto dan video dalam MV tersebut adalah secara kebetulan.

“Itu semua tak disengajakan... kebetulan!

“Sebenarnya ada beberapa projek nyanyian Siti Sarah yang tertangguh disebabkan PKP antaranya lagu terbaharu ciptaan Naim Daniel.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sepatutnya ada lagu duet bersama Shuib berjudul Hingga Hari Tua ciptaan Aidit Alfian... lagu ni dah tertangguh beberapa tahun lalu.

“Semalam Shuib cakap... rupa-rupanya memang tak sempat hari tua dengan dia (Siti Sarah),” kata Wati kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi