suria

Belum sedia bercinta! Aisar Khaled takut rapat-rapat dengan perempuan, nanti bagi harapan - “Muda-muda ni baik jaga ibu”

SERING diajukan soalan mengenai cinta, personaliti media sosial iaitu Aisar Khaled berkata dia masih belum bersedia untuk memiliki kekasih buat masa ini.

Menurut Aisar, 21, usianya masih muda untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana gadis.

"Saya tak pernah cerita tentang hal ini... saya masih muda! Katakan saya letak sasaran kahwin pada usia 28 tahun, takkan la saya kena bercinta sampai tujuh tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu saat je nak buka baju tu” - Aisar Khaled pelik kenapa netizen marah, tak perasan pakai kemeja ketat

"Saya tak nak beri harapan dekat perempuan sebab tu saya tak pernah bercinta dari sekolah. Saya suka wanita yang talkative, faham dengan kerjaya saya, pandai memasak dan kalau boleh nak yang bertudung.

"Orang gosipkan saya dengan Syasya Rushdiena... tapi jujur saya cakap, kami tak ada sebarang hubungan istimewa, hanya kawan-kawan sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Muda-muda ni lebih baik kita jaga ibu! Rugilah kalau tak gunakan masa dengan keluarga sementara mereka masih ada," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi