suria

Wani Kayrie sebak teringat pesanan Siti Sarah... tak kedekut kongsi ilmu - “Bila dia bercakap rasa tenang, sentiasa tersenyum”

PENYANYI Wani Kayrie berkongsi pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Allahyarham Siti Sarah ketika pertemuan pertama mereka kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Wani, 21, arwah seorang penyanyi senior yang sangat mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu mengenai dunia nyanyian.

"Pertama kali bertemu dengan Kak Sarah semasa program Big Stage 2018. Semasa itu memang terharu sebab dia sudi jadi rakan duet saya untuk peringkat semi final... tapi dalam masa sama saya takut-takut juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie syukur pendapatan tidak terjejas... kini aktif jadi ‘host’ Didik TV

"Semasa itu saya beranikan diri bertanyakan tentang nyanyian dan dia melayan saya dengan begitu baik. Saya tanya tentang cara penghayatan lagu... jawapannya cukup ringkas! Dia kata sebagai penyanyi perkara utama adalah ikhlas.

"Kata Kak Sarah kalau kita ikhlas, semua akan sampai.... dia sentiasa senyum dan saya tak tahu kenapa kata-katanya itu sangat menyentuh hati saya.

"Selepas program itu kami tak lagi berjumpa, cuma dia ada mesej saya untuk hadiahkan tudung... tahun lepas dia ada mesej saya nak ajak sesuatu tapi saya tak perasan mesejnya itu," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi