suria

“Semput menjadi-jadi, badan rasa sakit” - Mak Wan Latah alami demam berpanjangan tapi bukan Covid-19

PELAKON veteran Mak Wan kini dikhabarkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah atas nasihat doktor.

Ujar Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, dia mengalami demam selama tujuh hari sehingga terpaksa menjalani ujian calitan Covid-19 dan bersyukur keputasannya negatif.

“Tujuh hari saya demam dan lepas itu KKM ada datang buat swab test dan sekarang saya kena kuarantin kendiri.

“KKM ingat saya demam apa sebab dah tujuh hari... lagipun saya tidak pergi klinik. Jadi mereka risau dan terus datang ke rumah. Lepas periksa memang tiada apa-apa, Alhamdulillah,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Wan berharap agar rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana bimbang kes Covid-19 yang semakin meningkat.

“Kepada yang kat luar sana tolonglah... Saya yang tua ini duduk kat rumah takut nak keluar, kesianlah pada ibu-ibu yang mengandung, cucu-cucu kena duduk dalam wad tanpa emak, kesian pada frontliner kita.

“Duduklah rumah jangan suka sangat nak berjalan balik kampung sana sini. Tolonglah! dengarlah apa orang cakap,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Mak Wan Latah, Artis Senior, Covid-19, SOP, PKP,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi