suria

Tak nak buat kontroversi untuk kekal populariti, Syahmi Sazli takut negeri Kelantan kena tempias

BINTANG YouTube Muhd Syahmi Sazli tidak setuju dengan trend segelintir YouTuber yang menayang harta kekayaan sebagai pengisian kandungan mereka.

Biarpun ia salah satu cara meraih jumlah tontonan, namun Syahmi, 26, menasihatkan kandungan seperti itu seharusnya dikurangkan bagi menjaga hati penonton mereka yang tidak berkemampuan.

“Benda tu memang kita tak boleh nafikan, kalau konten yang tunjuk kaya ke tunjuk apa saja akan mudah nak raih views raih likes,

“Tapi jarang-jarang bolehlah sekali dua ke... tapi kalau setiap konten tu memang wajib, wajib tunjuk kekayaan tu rasanya slow down la,”

“Sebab kita kena jaga hati yang tak mampu, followers-followers kita ni bukan semuanya yang mampu,” katanya kepada mstar.

Pengarah Mael Totey The Movie ini turut berkongsi yang dia baru sahaja menandatangani kontrak untuk menjadi pengarah dan pelakon utama bagi sebuah produksi filem.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi