suria

“Kau tak sesuai jadi juri, tak boleh menyanyi pun!” - Thalia Rasul persoal format ATNM, sekadar kejar ‘rating’

PESERTA program TV All Together Now Malaysia (ATNM) Thalia Rasul bersuara tampil mempertikaikan kredibiliti sesetengah juri untuk program tersebut.

Ujar Thalia, sebagai peserta dia berhak untuk bersuara dan meragui kredibiliti sesetengah juri yang baginya tidak mempunyai latar seni yang baik.

“Kita sebagai peserta mempunyai kebebasan untuk bersuara dan kita perlu suarakan kalau kita rasa tak puas hati.

“Saya agak terkejut sebab yang bangun semua juri yang berbakat dan kita tahu dia legend, tapi yang tak bangun semua tu boleh dikatakan... minta maaf bukan nak cakap haprak,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Thalia menyifatkan dia bukan individu yang tidak boleh menerima kekalahan namun sekadar berani untuk bersuara mempertahankan hak.

“Saya bukannya tak boleh move on, tapi saya berani untuk cakap kau tak sesuai untuk jadi juri.

“Kalau kau nyanyi lagu aku nyanyi pun, kau tak boleh bawa... sebenarnya saya geram sebab tengok ramai peserta yang berbakat tapi ada seorang juri tu entah kredibiliti apa dia dipanggil jadi juri,” ujarnya.

Menerusi ATNM yang bersiaran pada 24 Oktober lalu Thalia sekadar memperoleh 80 daripada 100 markah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi