suria

Enggan berdepan tekanan, Mawi tolak sertai GV - “Tak boleh enjoy macam show biasa sebab depan ada juri”

PERNAH bergelar “Raja SMS” sewaktu zaman Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi memberitahu dia ada menerima pelbagai tawaran untuk menyertai pertandingan nyanyian termasuk program realiti Gegar Vaganza.

Bagaimanapun, Mawi atau Asmawi Ani, 38, berkata, dia terpaksa menolak berikutan tidak mahu berdepan dengan tekanan yang tinggi.

“Pertandingan akan beri tekanan, itu pada sayalah kalau orang lain saya tak tahu.

“Setiap minggu kita akan dapat lagu baru, lepastu nak kena hafal lagu tu satu, nak kena hafal lirik dan melodi dengan dalam masa agak singkat sebenarnya,” katanya kepada mStar.

Tambahnya, persembahan di atas pentas pertandingan terlalu mendebarkan berbanding melakukan persembahan biasa di hadapan penonton.

“Bila kita buat show yang bukan pertandingan, enjoy dia lain,

“Walaupun dalam pertandingan kita nak buat macam... eh enjoy je macam show biasa, tetap tak boleh sebab kita tahu depan tu ada pengkritik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mawi berkata, pertandingan nyanyian memerlukan dia untuk memberi komitmen yang tinggi yang menghalangnya untuk memberi fokus kepada kerjaya sebagai penyampai radio Zayan FM.

Untuk rekod Mawi pernah menjadi juara Akademi Fantasia musim ketiga dan memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABP) selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2005, 2006 dan 2007.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi