suria

Isteri Yonnnyboii nampak matang jawab soalan, pandai urus rumah tangga - “Kena fikir dua hati”

LEBIH tiga minggu mendirikan rumah tangga, penyanyi Yonnyboii berkata dia merasakan diri lebih matang dan bertanggungjawab dalam menggalas peranan sebagai suami.

Kata Yonny atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, usia yang muda bukan alasan untuk seseorang itu bersikap lepas tangan lebih-lebih lagi apabila memilih untuk berkahwin awal.

“Selepas bergelar suami, saya rasa lebih dewasa. Sebelum ini walaupun umur saya 23 tahun tapi tak pernah rasa diri ini dewasa sebab masih bujang.

“Jadi sekarang selepas jadi suami, saya rasa lebih bertanggungjawab. Ada orang untuk kita jaga dan apa-apa kita buat kita kena fikir seorang lagi,” katanya kepada mStar.

Bagi isterinya Nik Nazira Narriman, 22, perkahwinan membuatkan dia perlu lebih berkompromi dalam melakukan sesuatu perkara bagi menjaga hati pasangan.

“Saya kena belajar untuk banyak berkompromi, sebab sekarang bukan satu hati kena fikir tapi dua contohnya kalau kita suka, kita kena tanya partner kita suka atau tidak.

“Kalau kita main buat je nanti ada pula yang terasa... masa akan datang diri sendiri jadi susah,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Yonnyboii, Nik Nazira, Kahwin,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi