suria

Kamal Adli kongsi sebab jatuh hati dekat Uqasha Senrose... sampai terfikir ‘she’s the one’

BARU sahaja mendedahkan perkahwinan pada Selasa, pelakon Kamal Adli menyifatkan isterinya Uqasha Senrose adalah wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup.

Kamal, 35, berkata, Uqasha melengkapi dirinya dan sentiasa membuatkan dia berasa dihargai sebagai seorang lelaki.

“Uqasha ni kalau orang tak tahu orang tengok dari apa yang orang nampak dekat televisyen saja, orang tak kenal Uqasha yang sebenarnya macam mana.

“Dia sebenarnya sangat baik dia very humble, dia pemurah, banyak benda baik yang saya tak boleh nak cakap.

“Dia buat saya fikir-fikir she’s the one,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod pasangan ini mula rapat selepas digandingkan bersama dalam drama Selepas Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa.

Kamal dan Uqasha merancang untuk berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah pada 23 Disember depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi