suria

Rendang Nasib bantu hidup Zaiton Sameon, sedih orang masih ingat lupa ingatan

PENYANYI veteran Zaiton Sameon suatu ketika dahulu popular menerusi lagu Menaruh Harapan masih menyimpan hasrat untuk kembali aktif menyanyi.

Zaiton, 64, berkata, dia berasa seperti bernyawa apabila dapat menyanyi di hadapan orang ramai.

"Saya masih menyanyi lagi tapi disebabkan Covid ni berhenti buat semantara waktu. Saya selalu buat persembahan di majlis perkahwinan.

"Sekarang ni juga memang terjejas pendapatan dan saya tengah usahakan rendang Nasib yang saya masak sendiri boleh lah jana pendapatan sikit," katanya kepada mStar.

Zaiton ditemui di kediaman adik angkatnya di Kampung Tok Muda, Kapar,Klang Selangor menerusi program Ziarah Prihatin Seniman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi