suria

Nabila Razali, Wany Hasrita curi masa bantu mangsa banjir cuci rumah

TERKESAN dengan keperitan yang dihadapi mangsa banjir, penyanyi Nabila Razali berkesempatan turun padang menghulurkan bantuan dan keperluan kepada penduduk kampung yang terjejas akibat bencana itu di sekitar Hulu Langat.

Ujar Nabila, selain bantuan barang dan makanan, penduduk di kawasan tersebut turut berdepan kesukaran membersihkan rumah disebabkan kekurangan tenaga kerja.

"Alhamdulillah harini kita berkesempatan untuk he Hulu Langat bagi sumbangan dari segi barang dan tenaga kerja

"Bila sampai sini ramai orang juga yang datang membantu, walaupun ramai masih juga memerlukan tenaga kerja untuk tolong mereka bersihkan rumah," katanya kepada mStar.

Tambah Nabila, kawasan yang terjejas itu masih dalam keadaan yang teruk walaupun paras air telah surut.

Selain Nabila rakan artis lain seperti Wany Hasrita, Ara Johari, Aliff Farhan dan Shaffiq Erwin turut sama membantu melakukan kerja amal kebajikan.

"Kalau saya tengok dekat dewan baju, makanan semua banyak cuma sekarang ni untuk mengemas rumah untuk nak bersihkan lumpur yang dan kering.

"Keadaan di sini masih lagi teruk, air memang dah surut tapi nak bersihkan tu memang makan masa dan memerlukan alat yang sesuai.

"Alhamdulillah saya dengan kawan-kawan datang membantu. Walaupun kecil sahaja bantuan kami tapi Insyallah dapat kurangkan beban mereka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi