USAHA yang dilakukan sekumpulan pemuda dari Kluang, Johor dengan menawarkan servis percuma membaiki motosikal yang ditenggelami air banjir dianggap berbeza.
Menurut wakil kumpulan itu iaitu Shah Agil Supaat, 36, idea berkenaan tercetus selepas dia dan rakan-rakannya cuba memikirkan sesuatu untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir di Selangor baru-baru ini.
“Nak bagi bantuan lain bukan bidang kita. Jadi kami rancang dalam kalangan geng mekanik yang ada bengkel di sini.
“Kami kutip dana dalam kalangan kawan-kawan je,” katanya kepada mStar.
Shah dan rakan-rakannya menghabiskan masa selama dua hari bermuka 30 dan 31 Disember lalu bagi membaiki kira-kira 250 buah motosikal di Sri Nanding, Selangor.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!