suria

Pemilik van uzur jaga amanah, takut tersalah belanja wang orang ramai - “Kalau mereka kata untuk duit minyak, baru saya guna”

KISAH pemuda dari Perak bernama Shuhur yang menggunakan sebuah van uzur untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Selangor pada Disember lalu terus menjadi sebutan ramai.

Namun bagi Muhammad Shuhur Azizuddin, 33, dia bimbang andai kepercayaan yang diberikan orang ramai terhadapnya dipertikaikan.

Jelas Shuhur, pada mulanya dia enggan diberikan wang tunai namun terpaksa menerimanya atas permintaan ramai.

“Mula-mula saya minta orang sediakan barang je, saya sedia untuk ambil dan hantar. Tapi ada rakan-rakan yang duduk jauh minta supaya saya terima wang.

“Jadi saya terpaksa berikan nombor akaun bagi memudahkan transaksi,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Shuhur berkata dia tidak meletakkan nombor akaun secara terbuka, sebaliknya hanya memberikan kepada mereka yang meminta secara mesej peribadi Facebook.

“Cara ni lebih mudah kerana saya tahu siapa yang bagi duit, saya akan rekod duit itu nak digunakan untuk apa.

“Kalau mereka kata untuk duit minyak atau tol, saya asingkan. Andai kata untuk bantuan, saya gunakan untuk beri bantuan,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Shuhur, bantuan banjir, Perak, amanah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi