suria

Amsyar Lee hampir ‘reject’ tawaran ganti Noraniza Idris, terkejut kena menyanyi guna ‘key’ asal lagu Intan Payung

PENYANYI baharu Amsyar Lee, teruja apabila diberi kepercayaan untuk menggantikan Noraniza Idris menyanyikan lagu Intan Payung bersama Bunga pada Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) baru-baru ini.

Kata Amsyar, 23, ini merupakan peluang untuknya menonjolkan bakat yang dimiliki kepada orang ramai walaupun hanya sebagai penyanyi gantian.

“Pada mulanya saya nak tolak, tapi apabila difikirkan semula ini adalah peluang terbaik untuk tonjolkan bakat nyanyian.

“Lebih terkejut apabila saya perlu menyanyi menggunakan dengan menggunakan key asal... tapi Alhamdulillah saya boleh lakukan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Amsyar berkata dia juga terkejut dengan laporan mStar berhubung kenyataan Noraniza yang sedia memberi peluang kepadanya untuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL36) akan datang.

Namun menurutnya, pihak syarikat rakaman Warner Music masih belum membuat sebarang keputusan untuk perkara itu.

“Saya rasa terkejut apabila Kak Ani beri laluan kepada saya untuk ke final, tapi apa pun saya tunggu keputusan pihak Warner Music,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi