suria

Suasana terkini di Janda Baik, lokasi pelancongan berubah wajah akibat banjir besar

TIADA kata dapat digambarkan apabila melihat kemusnahan di sekitar Janda Baik akibat banjir besar baru-baru ini.

Bersimpati dengan nasib penduduk, penerbit terkenal, Datuk A. Aida mengambil inisiatif menganjurkan program menyantuni mangsa-mangsa banjir di Janda Baik pada Sabtu lalu.

"Ramai yang telefon minta saya tolong bantu apa yang patut.

"Apabiila tengok keadaan tu tak boleh nak kata apa-apa hanya air mata yang mengiringi dan saya rasa Allah yang menggerakkan hati saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Rumah Prihatin turut meluangkan masa hadir pada program itu untuk bersama-sama melawat dan menyerahkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Menerusi syarikat produksinya, A. Aida Production Sdn Bhd, penerbit itu dan Annuar berkunjung ke 33 rumah di Pulau Santap, Jalan Lamping dan Chemperoh Bentong untuk mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa yang terjejas.

Antara barangan yang diserahkan termasuklah wang tunai RM500 selain bantuan keperluan harian seperti minyak, gula, tepung, beras, air mineral, teh, kopi, biskut dan sebagainya.

Menerusi kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), program itu turut disertai Unifi TV Telekom Malaysia, krew penggambaran, orang perseorangan, sukarelawan termasuk selebriti.

Antara selebriti yang hadir pada program itu termasuklah Zoey Rahman dan Ezlynn.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi