SELEPAS berumah tangga pada September lalu, penyanyi Ezlyyn akui kehidupannya kini semakin bahagia bersama suaminya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.
Ujar Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 39, dia dan suami sedang berusaha untuk menimang cahaya mata.
“Kehidupan banyak berubah sebab saya dah lama single selama empat tahun. Apabila dah jadi isteri semula, banyak yang berubah sebab dah biasa hidup sendiri,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu Ezlynn yang juga Leftenan PA Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata dia dan suami sedang berusaha untuk menimang cahaya mata.
“Kami tengah mencuba untuk menimang cahaya mata, insyaAllah kalau ada rezeki. We tried dan berserah.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI