suria

“Saya nak berjalan semula” - Bad Indigo tunggu luka kaki sembuh, harap dapat jari palsu

BERITA tentang nasib penyanyi Bad Indigo yang terpaksa menjalani pembedahan membuang lima jari kaki secara berperingkat akibat penyakit diabetes mengundang rasa simpati banyak pihak.

Namun bagi Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, dia tetap positif berdepan ujian itu.

“Saya masih dalam proses menerima rawatan susulan untuk pastikan tiada jangkitan. Selepas habis luka ni tertutup barulah saya akan belajar berjalan semula.

“Selepas itu baru fikir sama ada nak pakai jari kaki palsu atau tidak kerana kosnya agak tinggi... yang penting saya nak berjalan semula,” katanya kepada mStar pada Khamis.

Bad ditemui bersama isterinya yang juga penyanyi Ashira di kediaman mereka di Petaling Jaya selepas menerima kunjungan daripada Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO).

Dalam kunjungan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Syakir Ahmad Ubaidah menyampaikan sumbangan wang tunai RM7,000 kepada pasangan berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi