suria

“Kenapa tergamak pakai macam tu?” - Netizen pula rasa malu tengok Ayu Damit berseluar ketat, tak selari imej bertudung

PENYANYI Ayu Damit berharap agar netizen tidak terus mengkritik pakaian dan persembahannya ketika menyampaikan lagu Bad Romance di satu majlis pelancaran produk baru-baru ini.

Ujar Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 33, persembahan tersebut adalah permintaan penganjur dan dia sendiri sudah mendapat kebenaran daripada suaminya.

“Kalau nak kritik pun anda kena baca dulu, kami study lirik, kami study lagu... jadi kami perlu faham apa yang kami perlu sampaikan.

“Untuk penari-penari tu, mereka dalam watak. Malah saya pun sebagai penyanyi kalau in character memang akan all out.

“Sebagai penyanyi dan penari, apabila dah masuk roh tu... itu yang terjadi di atas pentas, kita tidak boleh mempertikaikan mereka,” ujarnya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ayu Damit, Kontroversi,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi