suria

Selami isi hati rider wanita viral bawa anak buta hantar makanan, pernah hantar rumah pengasuh tapi lain pula jadinya...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah dugaan yang perlu dipikul ibu tunggal bernama Azimah Abd Rahim, 37, dalam membesarkan anak perempuan dengan masalah penglihatan kekal sejak lahir.

Azimah menjadi tular baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan dia membawa bersama anaknya yang berusia lima tahun ketika bekerja sebagai penghantar makanan.

Ketika ditemui mStar, Azimah yang tinggal di Kampung Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur, berkata dia terpaksa menanggung risiko membawa bersama anaknya itu.

“Anak saya tak boleh nak duduk dengan orang... orang pun tak tahan nak jaga dia.

“Disebabkan dia hyper... tak tahu dekat mana dia duduk, dengan siapa dia duduk.

“Sejak daripada lahir macam ni la dia... 24 jam dengan saya,” Katanya kepada mStar.

Azimah membesarkan Nur Ainul Zahirah Rashidi, 5, sendirian selepas berpisah dengan bekas suaminya pada Oktober 2021.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi