suria

Baru minggu pertama netizen buat ramalan Aisha Retno layak jadi juara Big Stage, tapi tuan badan takut hilang suara

PENYANYI Aisha Retno berkata dia tidak menyangka berjaya mengungguli senarai 12 peserta Big Stage musim keempat apabila memperoleh markah tertinggi pada konsert minggu pertama Ahad lalu.

Menurut Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 22, dia berjanji akan melakukan yang terbaik sepanjang berada dalam program berkenaan.

“Saya puas hati dan lega, saya akan cuba yang terbaik... selebihnya serahkan kepada juri.

“Dalam masa sama saya mula rasa tertekan, rutin dalam Big Stage sangat padat... saya takut kehilangan suara,” katanya kepada mStar.

Pada konsert Ahad lalu Aisha memperoleh markah tertinggi iaitu 84.40 peratus.

Dalam pada itu tinjauan di Twitter mendapati rata-rata netizen meramalkan Aisha merupakan antara calon juara Big Stage musim ini berdasarkan persembahannya pada minggu pertama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi