suria

Terlalu fokus hal peribadi sampai tutup cerita karier, Ruhainies dah tak mahu kongsi tentang kekasih

PELAKON Ruhainies dilihat kini kurang berkongsi foto mesra bersama kekasihnya yang mahu dikenali sebagai Mr E di media sosial.

Kata Ruhainies, dia ingin mengurangkan cerita peribadi selepas ini dan enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya itu.

Ini kerana dia tidak mahu peminatnya lebih tertumpu kepada kisah peribadi berbanding perkembangan kerjayanya.

“Apabila sudah semakin meningkat usia ini, saya memilih untuk kurang mendedahkan kepada umum mengenai hal peribadi.

“Sebab orang terlalu berminat mengenai kisah peribadi saya berbanding karier ketika ini.

“Jadi perkara ini seolah-olah menutup karier saya, kalau boleh saya nak menyerlah daripada segi bakat, minat dalam industri ini.

“Apa yang saya boleh beritahu kalau ada jodoh tidak ke mana, sekarang ini belum tahu lagi jodoh saya dengan siapa.

“Saya tidak boleh komen banyak sangat mengenai perkara ini sebab saya pun belum terikat dengan sesiapa lagi.

“Bila waktu yang sesuai dan tepat saya akan kongsikan khabar gembira ini kepada semua, tunggu okay!” katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi